Nota 1
Pendidikan Prasekolah : Sejarah dan Status Masakini
Pendidikan prasekolah di negara ini telah
bermula sejak tahun 1950an lagi. Pada masa itu prasekolah dipengaruhi oleh sistem pendidikan British, yang bersifat eksklusif
dan peluang hanya terbuka kepada golongan orang yang berkemampuan sahaja. Dalam tahun 1950an hingga 1960an tadika di Malaysia
ditubuhkan oleh badan-badan agama Kristian dan tadika itu adalah diantara aktiviti gereja. Prasekolah yang dikendalikan oleh
perseorangan dan pihak swasta selalunya terdapat di kawasan bandar yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak bagi golongan
pertengahan yang mampu membayar yuran yang dikenakan. Kesannya, hanya sebilangan tertentu sahaja kanak-kanak yang berumur
4 -6 tahun ini berpeluang untuk menghadiri kelas-kelas prasekolah tersebut. Ini menyebabkan ramai kanak-kanak dari golongan
kurang berada dan diluar bandar tidak mendapat pendidikan awal di tadika.
Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 Yayasan
Asia telah menyumbangkan peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja Malaysia bagi membiayai penubuhan model institusi prasekolah
yang mirip kepada projek "Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor dipilih
dan sasarannya pada kanak-kanak dari golongan yang kurang berada daripada keturunan Melayu, Cina dan India. Kajian yang dijalankan
di Amerika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri projek ini telah mencapai tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik
untuk jangka masa yang panjang dibandingkan dengan pelajar yang tidak menghadirinya. Hasil daripada kajian keciciran 1973
(Ee Ah Meng, 1988), dilaporkan terdapat korelasi positif diantara kehadiran di tadika dengan pencapaian prestasi kanak-kanak.
Sembilan puluh peratus (90%) daripada kanak-kanak yang menghadiri tadika ditempatkan di kelas ekspres apabila mereka masuk
ke sekolah rendah.
Ahli pendidik dan kumpulan khidmat masyarakat menyedari pentingnya pendidikan pada peringkat ini,
terutama di luar bandar dengan harapan supaya kanak-kanak tersebut akan mencapai aras kesediaan yang baik sebelum mereka memulakan
pendidikan formal di sekolah. Ini telah mendorong Kementerian Pertanian, Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengadakan rancangan
program prasekolah dikawasan luar bandar. Rancangan prasekolah anjuran KEMAS diberi nama Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak).
Tujuan utama pendidikan prasekolah ialah memberi peluang pendidikan dan sosial kepada kanak-kanak yang kurang bemasib baik,
dimana persekitaran diluar Bandar ini kurang merangsangkan pembelajaran. Hingga ke hari ini sebanyak 7,000 buah tabika KEMAS
telah ditubuhkan bukan sahaja diluar bandar malahjuga di bandar dan kawasan setinggan ( Perangkaan, 1999).
Selain itu
terdapat juga agensi kerajaan dan separa kerajaan yang terlibat seperti FELDA, RISDA, Kementerian Perpaduan Masyarakat dan
Pembangunan Negara termasuklah Jabatan PerpaduanNegara (TADIKA Perpaduan) dan Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Buruh).
Manakala agensi-agensi bukan kerajaan yang terlibat termasuklah Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Angkata Belia Islam Malaysia
(ABIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Parti Pas (PASTI), pihak swasta dan universiti. Masing- masing mempunyai objektif
mereka tersendiri.
Walaupun jumlah tadika tumbuh bagaikan cendawan tetapi dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 53%
orang dari jumlah kanak-kanak yang berumur 5 tahun masih tidak mendapat pendidikan prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1991
). Keadaan ini mendorong Kementerian Pendidikan menubuhkan tadika " Annex" di beberapa sekolah rendah untuk memberi kemudahan
pendidikan bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar. Kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang tidak
mampu membayar program pendidikan prasekolah yang dianggap mahal (Azizah, 1995). Program prasekolah "Annex" ini telah dimulakan
pada 5 Januari 1992 di bawah Jabatan Sekolah dan jumlah kelas adalah 1,131 buah (Perangkaan, 1999). Adalah diharapkan penambahan
bilangan tadika akan berlaku kerana menurut statistik 1999, masih terdapat 36.3% yang tidak menghadiri tadika.
Pengendalian
pendidikan prasekolah oleh berbagai agensi yang berasingan ini telah timbul beberapa masalah. Ini adalah kerana institusi
tersebut mempunyai matlamat, orientasi, keutarnaan dan kemarnpuan yang tersendiri dan bahasa pengantar yang berbeza. Ada yang
menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Montessori, perkembangan menyeluruh, kurikulum terbuka
dan carnpuran. Prasekolah anjuran ajensi kerajaan pula menekankan aspek sosialisasi, perpaduan akhlak disarnping aspek perkembangan
kognitif.
Menyedari akan keadaan ini beberapa langkah kawalan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menggubal piagarn pendidikan 1994. Piagarn ini menyebut 3 perkara ia itu, memastikan semua kanak-kanak yang
berumur 4 hingga 6 tahun diberi peluang mengikuti pendidikan prasekolah; menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikendalikan
agensi kerajaan yang lain dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia; dan menyelaraskan serta memastikan kurikulum prasekolah
dilaksanakan di semua tadika. Perkara ini termaktub dalarn Akta 550, Undang-undaang Malaysia Akta Pendidikan (1996),
Antara
lain, dalarn Bab 2- Pendidikan Prasekolah, Seksyen 20. (1) ada menyatakan bahawa, 'Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan
atau diurus melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.
Seksyen 22 pula menyatakan bahawa, 'Program dan
kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah diasaskan pada garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.
Manakala
Seksyen 23 pula menyatakan bahawa, 'Walau apa pun Seksyen 17 (1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan
sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain bahasa kebangasaan, bahasa kebangsaan
hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
|