25 TIPS BERGUNA UNTUK MENGURUS EMOSI DAN PEMBELAJARAN
Di sini disenaraikan sebanyak 25 tips
berguna untuk mengurus emosi dan pembelajaran bagi anak-anak dan juga keluarga.
Ianya adalah di dalam bentuk pengurusan minda. Saranan ini ditujukan buat semua kelompok kanak-kanak tanpa mengenal peringkat
usia. Ia juga tidak diarah secara spesifik terhadap mana-mana tabiat, corak pembelajran atau keadaan emosi.
1. Menambahkan jumlah perhubungan dalam diri anak.
Ini adalah untuk mewujudkan satu perasaan menjadi sebahagian daripada suatu
yang lebih besar berbanding diri sendiri. Suatu yang lebih besar itu boleh jadi keluarganya sendiri, sanak-saudara, sekolah,
jiran tetangga atau masjid; suatu keadaan di mana kepercayaan boleh dikongsi bersama, kelab, parti politik, bandar, negeri,
negara; etnik; keadaan semulajadi atau keadaan persekitaran; rakan karib atau rakan sekerja dan sebagainya. Perhubungan ini
adalah kunci bagi kesihatan mental pada kanak dan juga orang dewasa. Walau bagaimanapun, sepanjang 50 tahun kebelakangan ini,
sikap terhadap perhubungan ini telah banyak terpesong. Extended family, nuclear family, jiran tetangga, masjid dan sis perhubungan
lain yang dahulunya dianggap kuat sekarang ini telah menampakkan kelemahan. Masyarakat kini lebih bersifat individualistik
walaupun pada zahirnya kepesatan dan kecanggihan teknologi kini menjadikan kita lebih mudah berhubung antara satu sama lain.
Sesungguhnya hal ini adalah tidak baik untuk anak-anak kita. Perkembangan kendiri, sifat optimistik dan aspek kesalamatan
bergantung kepada keupayaan anak-anak membina sifat perhubungan ini secepat mungkin.
Maka ibubapa haruslah membantu dalam membimbing anak-anak mereka sebanyak mungkin.
2. Makan malam bersama-sama keluarga.
Hendaklah makan malam bersama-sama keluarga seberapa kerap yang boleh. Cuba
jadikannya suatu keutamaan. Melalui cara ini ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia juga menyediakan suatu forum tidak
formal bagi diskusi umum di mana sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian.
3. Kenalpasti peraturan di dalam rumah anda dan pastikan semua ahli keluarga lain
juga mengetahuinya.
Peraturan sebenarnya adalah suatu yang baik dan memberi manfaat sekiranya dilaksanakan secara berterusan. Pada hakikatnya
setiap keluarga memang mempunyai peraturannya sendiri sama ada disedari ataupun tidak. Adalah lebih baik untuk menyatakan
peraturan yang ada supaya:
a) Diri sendiri sedar akan peraturan
itu.
b) Supaya orang lain dapat membantu dan membimbing serta mengingatkan
diri anda agar tidak lupa. Ia juga tertakluk kepada sebarang perubahan.
4. Kamus hendaklah diletakkan di suatu tempat yang jelas kelihatan
di dalam bilik penting contohnya ruang tamu atau dapur.
Kumus tidak seharusnya tersorok. Guna kamus sekerap mungkin dan pastikan anak-anak
melihat anda menggunakannya di samping belajar menggunakannya sendiri.
5. Cukup tidur.
Kebanyakan keluarga tidak mempunyai waktu tidur yang cukup. Kekurangan tidur telah menjadi sebahagian daripada
corak kehidupan moden. Waktu tidur yang cukup agak sukar diperolehi sekiranya terdapat bayi di rumah namun apabila anak anda
telah berjaya tidur dengan nyenyak sepanjang malam cuba aturkan waktu tidur yang teratur untuk semua orang. Minda anda suka
untuk dalam satu set rithma jika boleh.
6. Bersenam secukupnya.
Senaman adalah merupakan ubat terbaik untuk minda tidak kira bagi kanak-kanak
ataupun orang dewasa. Tidak dinafikan senaman juga bagus untuk seluruh tubuh badan tetapi ia sangat baik bagi minda anda.
Senaman membantu minda anda memfokus, menjadikannya kurang lembab dan membekalkan makanan dan nutrien yang diperlukan. Senaman
dapat membantu bagi kanak-kanak yang cepat marah, murung atau gelisah.
7. Buang perkataan pandai dan bodoh.
Beritahu anak-anak anda bahawa itu bukanlah suatu istilah yang tepat. Pandai
dan bodoh tidak bermakna apa-apa. Beritahu anak anda bahawa setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Apa yang lebih
penting setiap individu itu mempunyai keupayaan dan kebolehan serta kekuatan untuk berusaha ke arah apa yang dikehendaki.
8. Nilai pelajaran.
Beritahu anak anda tentang kepentingan pelajaran. Beri mereka alasan-alasan
mengapa mereka perlu belajar selain daripada untuk memuaskan hati ibubapa dan guru. Bertanya kepada anak anda apa yang dipelajarinya
hari ini.
9. Harus bertanya.
Tekankan kepentingan bertanya.
10. Memisahkan rasa takut dalam pembelajaran.
Ketakutan adalah ketidakupayaan paling biasa berlaku di dalam pembelajaran
namun ianya adalah yang paling boleh dicegah. Ini adalah disebabkan kebanyakan daripada ibubapa membesar dalam sistem pendidikan
yang menggunakan rasa takut, malu dan menghina.
11. Baca dengan jelas kepada anak anda.
Membaca kepada anak anda dapat membantu perkembangan imaginasinya disebabkan
pembacaan kepada si anak ini tadi membolehkannya membentuk gambaran pemikirannya. Ia juga berupaya membentuk deria musik dan
bahasa.
12. Beri pujian ke atas usaha anak anda dalam belajar dan berikannya
keyakinan.
Ingat! Belajar itu adalah suatu yang sukar. Oleh itu anda harus berikan pujian
dan keyakinan yang berterusan. Anda tidak perlulah menyimpan puji-pujian itu hanya untuk masa-masa yang istimewa. Ini disebabkan
masa-masa yang istimewa itu akan datang dengan lebih kerap dengan adanya pujian dan keyakinan yang berterusan ini.
13. Pasang muzik di dalam rumah.
Kajian telah dilakukan mendapati bahawa para pekerja membuat kerja dengan lebih
baik dan para pelajar juga dapat belajar dengan lebih baik apabila mendengar muzik alunan Mozart. Kebanyakan murid dapat belajar
dengan lebih baik sekiranya mendengar muzik yang sesuai.
14. Beritahu anak anda bahawa kegagalan itu harus ditempuhi dengan tabah.
Tiada individu yang berjaya tanpa melalui kegagalan. Cara yang terbaik untuk
berjaya adalah dengan belajar dari peringkat asas dan secara beransur-ansur naik. Jika anak anda takutkan kegagalan ini bermakna
ilmu yang anak anda perolehi dalam mempelajari sesuatu yang baru akan jauh lebih sedikit daripada anak-anak yang berani dan
yakin.
15. Hapuskan sindiran.
Sekiranya anda marah, katakan anda marah; sekiranya anda sedih, katakan anda
sedih. Cuba jangan melakukan sindiran kepada anak dan juga pasangan anda (anak anda boleh mempelajari daripada tindakan anda
itu). Penggunaan sindiran berterusan boleh menghalang sifat terbuka dalam diri anak anda.
16. Jika anak anda menghadapi kecelaruan dalam berfikir menumbuk kepalanya
dan berkata bodoh, berikannya keyakinan dan temankannya buat seketika.
Bantu anak anda menangani masalah ketegangan. Beritahunya bahawa apa yang dirasai
adalah suatu yang biasa dalam proses belajar. Tanyakan kepadanya sama ada dia memerlukan pertolongan atau sama ada, adanya
pendekatan lain yang dia boleh cuba.
17. Kenali kemampuan minda anak anda.
Tanya pada diri anda : Apakah kemampuan minda anak anda? Dalam keadaan apa
yang dia berupaya belajar di tahap optima? Bila masa anak anda kurang memberi penumpuan terhadap pelajaran? Adalah menjadi
suatu kesalahan untuk menganggap bahawa kemampuan minda semua orang berada di tahap yang sama dalam setiap keadaan. Bantu
diri anda dan anak anda mengenali bagaimana mindanya boleh berfungsi pada tahap terbaik.
18. Terima anak anda seadanya.
Seseorang itu dijadikan unik. Setiap individu itu berbeza daripada yang lain.
Oleh itu anda harus menerima anak anda seadanya disamping cuba mencungkil bakat yang ada didalam dirinya.
19. Bantu anak anda dalam mengenali serta menangani perasaannya.
Cuba mengenal pasti setiap perasaan adalah suatu kelebihan. Bila anak anda
bersedih bantu dia untuk meluahkannya kepada orang lain. Frasa Mak, saya sedih, boleh menjadi tanda bermulanya rasa lega.
20. Bila perasaan tidak senang melanda diri anak anda bantu dia mengenali
perasaan itu dan memberitahu ia akan lenyap.
Tiada perasaan yang kekal selamanya. Beritahu dia bahawa ia akan lenyap. Ini
adalah salah satu perkara asas dalam memperolehi keyakinan kendiri.
21. Faktor diet.
Cuba kenal pasti diet kesukaan anak anda. Jika anak anda menghadapi sebarang
masalah cuba berunding dengan doktor atau pakar pemakanan. Pastikan anak anda mendapat makanan yang seimbang. Elakkan daripada
memakan junk food dengan kerap.
22. Guna penstukturan.
Pastikan adanya peraturan, jadual dan ketekalan dalam diri anak anda. Jadual
dapat menyediakan satu rangka tugas berhubung apa yang harus dilakukan dalam hari tersebut.
23. Sembahyang.
Ia dapat membantu dalam menenangkan fikiran di samping dapat menyediakan peluang
untuk berdoa kepada Allah/ Tuhan.
24. Dadah.
Beritahu anak anda tentang bahaya dadah dan sentiasa ingatkan dirinya supaya
menjauhkan diri dari dadah.
25. Tanya anak anda apa yang sesuai bagi dirinya.
Tanya dirinya teknik apa atau kebiasaan yang macam mana yang boleh membantu
dirinya belajar, bermain di samping menjalani kehidupan seharian. Bila ditanya anak anda pasti akan menjawab. Namun, apa yang
biasa menjadi kebiasaan ibubapa sendiri yang menentukan apa yang baik buat anak mereka tanpa bertanya terlebih dahulu. Ini
suatu kesilapan!