PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Home | KULIAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH | KULIAH ILMU PENDIDIKAN | NOTA PENGAJIAN PRASEKOLAH 2 | Nota Kuliah KDC (KDPM) | GURU PRASEKOLAH | Favorite Links | Sila Hubungi jika anda ada masalah mengenai Prasekolah. | New Page Title
Nota Kuliah KDC (KDPM)

KURIKULUM  FUTURISTIK

 

PERUBAHAN KBSR DAN KBSM KE ARAH WAWASAN 2020

 --Malaysia tidak ketinggalan dari arus reformasi pendidikan yang berlaku di negara2  serantau.

 --Mengemaskinikan sistem Pendidikan Negara dekad 90an. Untuk mengesan kebaikan dan kelemahan sistem KBSR.

 --Membuat pertukaran KBSR (Baru)  ditukarkan kepada KBSR (Bersepadu) selaras dengan cita dan hasrat FPN dan Wawasan Pendidikan  2020.

 Tanggungjawab guru  untuk mencapai hasrat/ Matlamat Pendidikan Negara:

 a.          mendidik pelajar supaya menjadi generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

 b.         Mendidik pelajar supaya mempunyai daya ketahanan tinggi dengan memperolehi  kemahiran-kemahiran, khasnya bidang teknik dan vokashional yang dicitakan dalam wawasan 2020 serta memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

 c.         Memainkan peranannya sebagai agen perubahan dengan membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar, masyarakat dan negara yang semakin kompleks, meningkat, progresif dan berkembang.

 WAWASAN  PENDIDIKAN

(Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin) KPPM

 Menekankan 7 bidang jurusan pendidikan sebagai perancangan dan pelasanaan program pendidikan.

 1.    Perpaduan di antara pelajar, guru, k/tangan & ibubapa.

 2.       Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko.

 3.        Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian.

 4.      Empowerment  iaitu berkongsi kuasa dengan anggota2 sekolah untuk  melaksanakan program sekolah melalui kaaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif.

 5.      Budaya Ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu  melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya  berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya.

 6.      Sekolah Penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar  mencintai guru, sekolah dan pembelajaran  mereka sehingga masalah disiplin di kurangkan ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi  tempat sebagai Sekolahku, Rumahku.

 7.     Budaya Cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi.

 WAWASAN  KEMENTERIAN  PENDIDIKAN  MALAYSIA

 Mula 3 Januari 1994: Piagam Pelanggan KPM

 1.        Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

 2.        Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai2 teras yang ditetapkan dan ciri2 yang selaras dengan FPN.

 3.        Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak2 tanpa mengira  l/belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik2nya.

 4.        Mewujudkan  jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaruan yang berterusan.

 5.   Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.

 6.      Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

 7.      Menyediakan kemudahan2 pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian2 tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.

 8.      Memestikan KP sentiasa peka dan responsif kepada kehendak2 dan  keperluan2 pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara /kerajaan.

 9.      Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu2 yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

 SASARAN KERJA KP.

 1.  Pendemokrasian Pendidikan

2.  Perpaduan Negara

3.  Kemudahan Pendidikan

4.  Kemudahan Pendidikan tinggi

5.  Pembelajaran seumur hidup

6.  Pendidikan Keperluan Khas

7.  Penilaian dan Pengukuran

8.  Kurikulum

9.  Pendidikan Prasekolah

10.Tenaga manusia

11.Tenaga Pengajar

12.Sistem Pengurusan

13.Penglibatan Masyarakat

14.Penyelidekan dan Sistem Informasi

 IMPLIKASI WAWASAN PENDIDIKAN TERHADAP SEKOLAH.

 PERUBAHAN  KURIKULUM SEKOLAH  RENDAH

 *     Menyerapkan nilai2 murni dalam semua aktiviti P +P di dalam bilik

 ·             Matlamat pendidikan di sekolah rendah bukan lagi menekankan penguasaan kemahiran asas sahaja tetapi penggunaannya dengan secara betul, jujur dan bertanggungjawab dalam sebarang urusan seharian.

 ·             Kemahiran2disusun semula daripada yang paling asas kepada yang kompleks mengikut topik masing2. Aspek penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai diintergrasikan dalam topik setiap pelajaran.

·             Sukatan Pelajaran bagi setiap matapelajaran di susun semula mengikut  perubahan dalam susunan kemahiran2 sekolah rendah. Sehubungan ini, draf Sukatan Pelajaran Tahun 1 yang disediakan pada Nov. 1992,  dilaksanakan pada Dis.1994.

 ·             Amalan perdagangan diserapkan dalam aktiviti P+Pdalam topik2 seperti  wang, ukuran dan sukatan. Dengan itu, amalan perdagangan tidak lagi menjadi satu topik yang diajarkan secara berasingan.

 ·             Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan mulai 1994/95

 PERUBAHAN KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH

 ·             Memberikan peluang pendidikan kepada semua pelajar dengan melanjutkan tempoh pelajaran mereka dari 9 tahun ke 11 tahun (Tingkatan 5)

 ·             Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ERT.

 *     Mengubah sistem peperiksaan SRP ke PMR mulai tahun 1993

 ·             Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan menggantikannya dengan sistem pendidikan umum.

 ·             Mengubah sistem Peperiksaan SPM ke Penilaian Menengah Atas dan menjadikannya peperiksaan terbuka.

 ·             Mengutamakan Sains dan Matemetik dengan mengubahsuai KBSR dan KBSM untuk mengahadapi cabaran 2020.

 ·             Mengutamakan pelajaran BI dengan menggubal Sukatan Pelajarannya setaraf dengan BI 1119 dlm SPM. Mewajibkan calon STPM mengambil kertas MUET sebagai syarat masuk Universiti.

 *     Memperkenalkan komputer sebagai alat P+P.

 ·             Menubuhkan Koridor raya multimedia (MSC, 1999). Untuk melaksanakan sekolah bestari.

 *     Menubuhkan sekolah bestari.

 CIRI-CIRI KURIKULUM  FUTURISTIK

(mengikut RANCANGAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN 2001-2010- Dalam Seminar Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada 8.10.2001)

 Pendidikan Prasekolah

 Sistem monitor akan dikuatkan agar memastikan pengurusan prasekolah mematuhi peraturan dan mengikut kurikulum yang ditetapkan.

 Kesempatan latihan prasekolah untuk guru akan ditambah.

 Pendidikan Sekolah Rendah 

 Kewajipan PSR akan dikuatkuasakan bagi semua kanak2 lingkungan umur 6+ hinggga 11+.

 Membaiki penguasaan kemahiran BM, BI, Math dan Sains.

 Memperkenalkan pelajaran Bhs. Cina dan Bhs.Tamil sebagai mata pelajaran dlm sesi di Sek. Kbgsaan. Untuk memupuk perpaduan.

 Memastikan tiada masalah kekurangan guru.

 Menempatkan 100% guru siswazah untuk mengajar tahap 2 menjelang 2010.

 Membaiki program koko yang sedia ada.

 Pendidikan Sekolah Menengah

 Menjelang tahun 2008, tempoh masa pendidikan sekolah menengah akan dikurangkan dari 7 tahun ke 6 tahun- 2 tahun SMR, 2 tahun SMA dan 2 tahun Tingkatan 6.

 Peperiksaan PMR dimansuhkan. Pelajar Tingkatan 2 akan mendudukan PKBS. Keputusannya akan menentukan lairan bidang pengajian di SMA. Penilaian akan mula pada tahun 2005.

 Pelajar akan menduduki SPM di Ting.4 dijangka pada tahun 2007.

 Bidang pengajian SMA akan dibahagikan kepada 5 jenis aliran: Sastera, Sains, Teknikal, Agama, Kemahiran dan Vokasional.

 Sukatan Pelajaran Sains akan dimodifikasikan dengan merangkumi elemen2 baru spt. Mekatronik, Bioteknologi, dan Mikroelektronik.

 Membaiki mutu BI pelajar termasuk guru, dan memperkenalkan program BI spt BI Umum, Alternatif, Sains, Teknikal dan Remedial.

 Lebih banyak opsyen sains untuk tingkatan 6.

 Program latihan tenaga pekerja diperkenalkan untuk melatih guru ijazah sarjana mengajar tingkatan 6. Mulai 2010 semua guru Ting. 6 pemegang ijazah sarjana.

 PERSEDIAAN GURU UNTUK MENGHADAPI KURIKULUM FUTURISTIK.

 Guru Sebagai Pendidik Untuk Kurikulum Futuristik

 J.M.Cooper berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti:-

 1.     Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia.

 2.     Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

 3.     Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dlm m/pel yang diajar.

 4.     Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid2 menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

 Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat pada zaman  ini.

 Guru telah dipertanggungjawabkan unutk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri muridnya..

 Sekolah yang berwibawa dan responsif terhadap perubahan kurikulum mesti bersifat dinamik. Ini membolehkan sekolah sentiasa dalam keadaan yang segar, hidup, berkembang dan terus maju selaras dengan keperluan zaman dan negara mengikut peredaran masa.

 Di Malaysia, kurikulum sekolah telah mengalami beberapa peringkat evolusi kerana reformasi2 atas sistem pendidikan.

 

 

Tahun

 

Perkara Yang Berlaku

 

 

1965

 

 

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan.

 

1971

 

Pelaksanaan Program Saains Paduan dan Matematik moden sebagai sukatan pelajaran baru untuk sekolah menengah.

 

1983

 

Pelaksanaan Program KBSR.

 

1989

 

Pelaksanaan Program KBSM

 

1994 / 95

 

Mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan menggantikan Alam dan Manusia sebagai mata pelajaran baru di sekolah rendah.

 

2000

 

Mennubuhkan sekolah Bestari

 

2002/ 2003

 

Menggubal semula  KBSR dan KBSM

 

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KOMPUTER SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN.

 a.      Komputer Membantu Pendidikan (CAE)- computer aided education.

-menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta mencapai objektif pelajarannya. Budaya komputer (computer literacy) akan menjadi sama penting seperti penguasaan kemahiran  3M.

b.     Komputer Membantu Pengajaran (CAI)-computer assisted instruction.

-         Teknologi dan sistem komputer adalah digunakan oleh pelajar untuk mengikuti pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru.

-         Tugas guru hanya sebagai pereka-bentuk program, pelajar menggunakan program itu, dan merupakan alat perantaraan di antara guru dengan pelajar.

      -         Modul-modul adalah dirancang dlm bentuk2 pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu, permainan dan penyelesaian masalah.

     -         Oleh kerana modul2 pengajaran digunakan oleh pelajar untuk mempelajarinya, maka komputer membantu pengajaran dikenali sebagai Komputer Membantu Pembelajaran. (CAL)

 c.     Komputer Mengurus Pengajaran (CMI)-computer  manage instruction.

-         Teknologi dan sistem komputer boleh digunakan untuk mengumpul data dan membuat analisis serta menilai keberkesanan2 pengajaran, penggunaan bahan2 pelajaran, situasi P + P dan interaksi murid2 dlm bilik darjah. Dapatan kajian akan digunakan sebagai panduan.

d.     Komputer Membantu Pengujian (CAT)-computer assisted testing.

-    Digunakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran.  Pengujian ini dikendalikan dlm dua cara.      

-a-  Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dlm borang komputer. komputer memberi markah dan memeriksa jawapan murid.

 -b-  Komputer digunakan untuk memilih soalan2 dari item bank dan menayangkan soalan demi soalan dalam skrin monitor komputer.

Enter content here

Enter supporting content here